Saturday, June 10, 2017

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni Ramadhan ke 15. Dah separuh Ramadhan dah kita ni kan, tak lama lagi dah nak raya. Semoga Ramadhan kali ni, kita semua menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Iman kita lebih baik dari yang sebelumnya, InshaALLAH.

Imma nak share sikit sepanjang Imma bersama Shaklee, Imma dan keluarga Imma dan rasa #shakleeeffect. Hari ni Imma share dengan korang. =)

Jom baca!

1. Mengandung dengan Set Shaklee
-------------------------------------------------
Mengandung anak pertama dengan set hamil shaklee adalah pengalaman berharga pada Imma. Di sinilah berputiknya cinta Imma dan Shaklee.

Bila dah ada anemia dan mengandung pulak, sesuatu yang merisaukan dan sangat stress. Lagi lagi kerja di ofis yang bertimbun waktu tu.

Alhamdulillah, bila amalkan set hamil shaklee, rasa best sangat, bila badan sihat, kandungan pun sihat, kerja kerja pun jadi mudah nak buat.

2. Resdung dan migrain suami hilang
--------------------------------------------------
Suami Imma ni kerja dengan company oil & gas. Tahap stress dia tu kadang Imma jadi takut. Sebab dia boleh terbawa ke rumah. Bila stress dia akan kene migrain yang teruk. Pagi pagi pulak jenis bersin teruk. Lagi teruk.bila resdung dia melarat sampai demam.
Bila Imma selalu share pasal Shaklee kat husband, dia pun teringin nak try. Syukur alhamdulillah, rasa macam ajaib.. Husband dah tak bersin pagi pagi, dia pun boleh makan seafood macam biasa. Dah jarang demam. Kalau dulu, sebulan sekali wajib laa ambil mc.
Syukur juga bila migrain pun dah tak de. Husband pulak yang share kebaikkan shaklee pada kawan kawan dia di ofis.

Suami dan anak-anak

3. Sembelit anak hilang dan pneumonia semakin pulih
------------------------------------------------------------------------
Anak Imma no 2 diuji 2 penyakit. Sembelit dan pnemonia.
Syukur juga, lepas amalkan omega guard dan mealshakes.  Sembelit dah tak de. Kalau dia lelah, inshaAllah tak kan masuk wad dah. Sebab tak seteruk dulu. Kalau kene pun dia akan recover cepat. Doktor pun puji dia aktif dan pandai respon pada keadaan di sekeliling dia. Alhamdulillah syukur.

Kalau demam, Imma cepat cepat bagi nutriferon, alhamdulillah cepat recover.

4. Paras kencing manis dan kolestrol mak turun
----------------------------------------------------------------
Kisah ni paling baru. Sebenarnya mak ni dah hampir 10 tahun hidap kencing manis dan darah tinggi. Bulan 12 tahun lepas ada masalah lemah jantung pula.

Mak Imma ni tahap kene cucuk insulin kat perut. Ubat tak terkira banyaknya. Penat tengok mak makan ubat dan cucuk insulin.

Kemudian, Imma dan kakak berpakat duit bagi mak vivix. Alhamdulillah masuk botol ke 3 mak guna, doktor sahkan result darah mak bulan lepas menunjukkan paras kencing manis menurun, biasa 18 turun ke 5.1. Kolestrol jahat pun turun dari 8 ke angka 4, kalau boleh nak turun lagi laa kan. Mak tanya doktor tentang buah pinggang dia, doktor cakap tak de masalah dan air kencing bersih.
*mak Imma ambil vivix, ubat pun still makan. Beza sangat makan ubat sahaja dengan makan ubat dan amalkan vivix.

Syukur sangat, sepanjang Imma bershaklee.. Bila dapat shakleekan keluarga tersayang dan mereka semakin sihat, inilah nikmat dan pengalaman berharga buat Imma dari benda benda lain.

Bila customer bagi testimoni positif, kita dah happy.. Bila keluarga sendiri yang dapat kesan shaklee tu, rasa perasaan tu Allah je yang tahu. Syukur dan bahagia sangat.

Perbualan di whatsapp group family Imma lepas tahu result darah mak

Syukur jumpa Shaklee. ☺

love,
Imma Mansor

Thursday, February 23, 2017

KENAPA PILIH SHAKLEE?

Assalamualaikum & hai, =)

Imma nak share dengan uolls macam mana Imma memilih Shaklee sebagai bisnes Imma di rumah. Dari Mula Imma jumpa Shaklee sehinggalah sekarang. 

Kisah ni Imma tulis pun sebab Imma nak simpan sebagai kenangan hari tua, hehe. Imma anggap ni sebagai sentimental value, sebab kehidupan Imma banyak berubah selepas jumpa Shaklee.

Tahun 2012, Hamil dan Bekerja
------------------------------------------
Bekerja sebagai Pegawai Tadbir di sektor kerajaan (waktu itu) memerlukan tenaga yang lebih, daya penumpuan yang lebih, kreativiti, daya ingatan dan pendek kata segala kutdrat yang ada ni digunakan sehabis baik untuk memastikan kerja-kerja dilakukan dengan baik. Bukan senang dengan morning sickness, nak menghadap kerja-kerja di pejabat yang bertimbun.

Nak tau tak? beberapa kali Imma pitam di tempat kerja dek kerana hemoglobin (HB) darah yang rendah. Rasanya 10 lebih macam itu. Ya ALLAH, patutlah pitam. Ditambah lagi Imma mengalami alahan yang teruk. Hampir sebulan lebih Imma pergi kerja masuk lewat. Prestasi kerja menurun dan memang bagi kesan pada emosi Imma waktu tu.

Bertemu dan jatuh cinta dengan Set Hamil Shaklee
---------------------------------------------------------------------
Syukur Alhamdulillah, Imma bertemu dengan Shaklee, kebetulan waktu tu kawan selalu promote di FB. Tanpa berfikir panjang, Imma nekad order Set Hamil Shaklee. Lagipun memang tak larat sangat dah.

Seminggu Imma consume, Vitalea, Vitamin C, B complex dan ESP, Alhamdulillah... sangat hebat!!! HB Imma naik elok dan cantik sangat. Bacaan HB masa tu 11.0++. Time check up, terus terdiam nurse dekat klinik kesihatan tu. Sebab dia tengok mendadak naik. Lagipun sebelum ni asyik kene marah dengan nurse sebab HB Low.

Sejak dari itu, Imma terus jatuh cinta dengan Set Hamil Shaklee, bukan sahaja HB cantik, Imma pun semakin bertenaga dan macam tak mengandung gayanya. Happy pulak tu bekerja. Kerja banyak pun seronok, Alhamdulillah, Walaupun Imma mengandung cecah 9 bulan, Imma tiada masalah untuk bergerak dengan cergas dan bekerja sehingga lewat malam. Syukur sangat-sangat.

Selepas bersalin (normal), luka Kak Im terkena jangkitan kuman. Dan jadi lambat baik. Masa tu jatuh cinta pula dengan zinc Shaklee Luka sembuh dengan elok, tidak menggerutu.

Bila dah lalui keberkesanan produk Shaklee, tengok pulak kawan-kawan pun berjaya dengan bisnes Shaklee, Imma akhirnya terbuka hati untuk daftar sebagai ahli dan buat bisnes bersama Shaklee. Imma ada pengalaman guna Set Hamil, berpantang dan menyusu Shaklee, perasaan untuk share pengalaman best guna Shaklee membuak-buak.

Paling Imma gembira bila Imma dapat bonus 4 angka! dan bertambah lagi gembira, bila customer-customer bagitau keberkesanan produk yang mereka beli sangat baik. Suka sangat dapat bantu orang sihat, diri sendiri sihat dan secara tak langsung dapat bonus. Siapa tak suka dapat duit kan. :)

Sekarang, bukan Imma seorang sahaja yang guna Shaklee, suami, anak, mak dan ayah, adik beradik.. 1 keluarga guna Shaklee. Mereka nampak perubahan pada Imma, jadi mereka yakin dan percaya Shaklee produk yang bagus.

31 Mei 2014, secara rasminya Imma letak jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan menjadi surirumah yang bekerjaya di rumah. Dulu kene kerja tinggal anak kat rumah orang, sekarang jaga anak sendiri. Imma tak risau, sebab Imma ada team yang kuat yang sentiasa beri support dari segi ilmu bisnes, nutrisi dan motivasi. Imma nak fokus untuk bantu lebih ramai orang yang ingin sihat dan inginkan kewangan yang stabil. InshaALLAH, semoga dipermudahkan.

Jom Shaklee : Enjoy a healthier and better life with Shaklee.



If nak tanya Imma apa-apa boleh terus whatsapp 013-2898399.

Wednesday, February 15, 2017

MIGRAIN : PUNCA DAN RAWATAN

Assalamualaikum & Hye semua ")

Hari ni Kak Im nak share tentang migrain. Kak Im rasa migrain ni majoriti orang akan pernah migrain. Kak Im ni bukanlah dapat migrain sejak dari sekolah atau universiti. Tapi Kak Im dapat migrain masa Kak Im bekerja, tu pun dah 4 tahun bekerja baru dapat. Sekarang dah berhenti kerja pun masih ada migrain. Ya ALLAH, tuhan je yang tahu sakitnya migrain. Rasa sakit dibahagian kepala, berdenyut-denyut yang kuat, rasa macam nak hantuk kepala kat dinding pun ada. Bila migrain kita akan terduduk dan kemudian baring, sebab nak legakan sakit tu. Uolls yang pernah alami mesti paham maksud Kak Im.

Biasanya orang yang terkena migrain ni akan telan panadol atau mengambil pain killer. Cuma persoalannya sambil nak berulang ambil ubat-ubat tu. Yang merisaukan kesan sampingan selepas itu, tambah pula migrain akan datang lagi.


“Migrain, bermula dengan berdenyut-denyut di bahagian atas atau belakang kepala,
Kadang-kadang bermula dari belakang dan merebak ke seluruh kepala”


Selalunya migrain akan diikuti dengan loya-loya, muntah, kebur penglihatan, rasa digigit-gigit, atau kebas-kebas. BIasanya gangguan ini boleh melarat sehingga 18jam!

Tanda-tanda terkena migrain :
·                     Rasa nyeri dan berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala dan merebak ke hidung dan ke mata
·                     Pandangan menjadi kabur, silau dan kadang-kadang menjadi gelap. Boleh menjadi pitam.
·                     70% pesakit migrain akan merasa loya dan muntah
·                     Serangan migrain boleh terjadi sehingga 7 - 72 jam
·                     Rasa sensitif kepada bunyi dan suara, badan berpeluh

Faktor yang menyebabkan boleh berlakunya migrain :

·                     Kekuragan zat dan nutrisi
·                     Keturunan
·                     Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
·                     Wanita yang mengalami haid / pra haid
·                     Terlalu banyak mengambil kafein
·                     Banyak mengambil makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
·                     Mereka yang sentiasa menahan lapar
·                     Sering mengalamni tekanan emosi


SET MIGRAIN SHAKLEE :
  • Adalah gabungan B-complex dan Ostematrix. Ia mampu memberi kesan berikut:
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Membantu mengasimilasi kalsium ke dalam tulang
  • Membantu pengecutan otot dan saraf
  • Mengurangkan simpton kemurungan dan tekanan
  • Meningkatkan fungsi otak

(i) B-COMPLEX

(ii) OSTEMATRIX

DOA MERAWAT MIGRAIN


TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE




Terima kasih kerana sudi membaca, jumpa lagi di entry seterusnya. ")

NURUL IMMA MANSOR
Whatsapp untuk pertanyaan 013-2898399

Pinterest

Copyright to BEAUTYSURI.BLOGSPOT.MY
Designed by IMMA 2017