Thursday, September 25, 2014

BAHAYA MINUM AIR TERLALU BANYAK

Ish, minum salah, tak minum salah... hehe

Bukan macam tu, maksud Imma.. Jangan minum air lebih daripada biasa. Contohnya, 2-4 liter itu biasa.. bergantung pada pemakanan kita juga. Ini kalau kes, minum air sampai 5 liter sehari. Sebenarnya minum air yang berlebihan akan membebankan buah pinggang untuk bekerja lebih dari sepatutnya. Makin lama, ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya end up dengan sakit buah pinggang.

So, bersederhanalah... minum air secukupnya seperti yang dinasihatkan. 2-4 liter sehari dan ia bergantung pada pemakanan harian kita, berat badan dan cuaca.

Bagi yang belum tahu, kegunaan air dalam badan kita, haaa, ni Imma dah siapkan dalam bentuk slide bagi anda mudah faham.




So, bagi yang susah nak minum air tu.. lepas ni dah tahu kepentingan air dalam badan kita, kene laa minum air selalu dan paling penting konsisten. Kalau susah juga, Imma nak bagi tips, anda letak air siap-siap dalam botol macam dalam gambar tu.. dan terus niat anda akan pastikan yang anda akan habis 2 botol air hari tersebut. Amacam? boleh tak? mesti boleh... kacang je kan. ^_^

SELAMAT MENCUBA!


Salam sayang,
Imma
013-2898399

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017