Monday, September 29, 2014

PERKARA WAJIB DILAKUKAN APABILA MEMASUKI TRIMESTER TERAKHIR

Petang-petang ni, tiba-tiba terpandang kat newsfeed FB tentang perkara yang wajib dilakukan oleh ibu hamil apabila dah masuk trimester terakhir. Iaitu trimester ke-3! Pastinya berdebar kan?

Imma baru masuk trimester ke-2, 18 minggu. Imma nak share apa yang Imma baca untuk korang ready awal tentang perkara-perkara di bawah ni. WAJIB buat tau, nanti tak sempat buat kalau tangguh-tangguh. 

Ok, berikut adalah senarai untuk ibu-ibu lakukan.. sila catit atau copy masuk dalam note hp masing-masing supaya tak lupa. 

1) Mengira jumlah pergerakan bayi
Bayi dalam kandungan semakin aktif bergerak. Biasanya doktor akan menyuruh ibu mengira jumlah pergerakan tersebut dalam sehari mesti melebihi 10 kali untuk memastikan bayi sihat dan selamat. Maka nikmati saat manis pergerakan bayi anda yang pasti akan dirindui apabila dia sudah dilahirkan kelak. Yang ni paling best... kadang-kadang rasa nak tergelak bila bayi bergerak. 

2) Belajar menyusukan bayi
Sebagai bakal ibu tentu anda mahu berikan yang terbaik kepada bayi. Jika berazam untuk memberikan susu ibu secara eksklusif, mulalah belajar pelbagai panduan penyusuan daripada kawan-kawan yang berpengalaman selain banyak membaca dan mencari info.

3) Memilih doktor menyambut kelahiran
Tidak kira apa pilihan hospital bersalin anda, diharap semuanya dapat memenuhi kehendak dan keupayaan anda dalam melahirkan si buah hati kelak.

4) Menyiapkan beg ke hospital
Jangan lupa mengemas barang keperluan ibu dan anak untuk dibawa ke hospital. Simpan beg tersebut dalam kereta bagi memudahkan anda ketika menghadapi saat kecemasan ke hospital pada bila-bila masa.

5) Membasuh pakaian bayi
Segala pakaian dan segala keperluan bayi yang baharu dibeli hendaklah dibasuh bersih terlebih dahulu sebelum dipakai oleh bayi. Oleh itu pastikan anda membersihkannya di awal trimester ketiga kerana siapa tahu anda bersalin awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

6) Supplement Shaklee
Anda boleh ambil supplement Shaklee seperti ESP, Vitalea, Ostematrik, Vitamin C, dan Zink sebagai persediaan menempuhi saat-saat yang mendebarkan. Dengan supplement ni, in sha ALLAH dapat membantu anda dan bayi memiliki kesihatan yang baik dengan nutrisi yang lengkap. =) Klik sini untuk melihat set ibu hamil. 


Kelahiran si buah hati ke dunia ini memang sangat dinanti-nantikan. Jadi, buat persiapan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing ya.

Entry seterusnya Imma akan bagi checklist untuk ibu-ibu semua. Senang dah ada checklist supaya memudahkan kita merancang dan tidak lupa. ^_^ 

Tq sudi baca. See you!


Gambar kenangan bersama BFF yang semuanya hamil ")

Salam sayang, 
Imma
6013-2898399

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Alahai.... camne boleh remove pulak ni.... Aduss! Sorry Azimah. Terklik remove laa pulak.
    Anyway tq ye. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017