Friday, September 26, 2014

WAHM World 1

Salam Jumaat semua ^_^ 

Buat apa hari ni? Kalau yang tak kerja tu mesti pergi berjalan kan.. ^_^

Kitorang kat Selangor ni kerja lagi. Tapi Imma tak kerja kat pejabat. Kerja dari rumah je.. Syok betul sejak jadi WAHM ni. ^_^

Lepas Subuh tadi Imma terus je masuk dapur. Kemas dapur, sediakan sarapan untuk suami sebelum ke tempat kerja. Bila suami dah pergi kerja, Imma pula bersarapan. Simple je sarapan hari ni. Yang pasti ada ESP + susu anmum. Ibu mengandung laa katakan. Hehe.. 

Lepas siap sarapan, dalam setengah jam lepas tu Imma kemas ruang tamu dan kemudiannya ambil supplement. 


Macam biasa, setiap hari lepas sarapan Imma akan ambil 1 biji vitalea, 1 biji vitamin c dan 1 biji B complex. Minum lah dengan air masak, Jangan minum dengan air susu. Sebab nanti zat besi tu tak diserap badan pulak. ^_^ 

Ok lah, Adam dah bangun.. Nanti kita Sambung entry lain pulak. See you! 

Salam sayang,
Imma 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017