Thursday, October 30, 2014

6 TIPS CARA MULA MENGHADAPI PROSES KELAHIRAN



Assalamualaikum semua... haiiii.. ^_^

Hari ni Imma share tentang cara mula menghadapi proses kelahiran. Maybe ada di antara korang yang pertama kali melalui saat nak melahirkan anak.. dan maybe juga ada yang dah lama tak lahirkan anak dan lupa dan macam mana cara mula menghadapi proses kelahiran. ^_^

Orang kata makin dekat makin berdebar rasanya, makin cemas.. ^_^ betul tak?

Jangan risau ye, Imma sedia membantu dengan memberi 6 TIPS CARA MULA MENGHADAPI PROSES KELAHIRAN untuk korang semua lebih bersedia menghadapi saat-saat yang tak kan anda lupakan tu nanti. just relax k... hehe..

Jom baca 6 TIPS CARA MULA MENGHADAPI PROSES KELAHIRAN

1. KERAPKAN PERSETUBUHAN
  Malu pulak nak cakap pasal ni... tapi ni keperluan tau. Korang dinasihatkan untuk lebih kerap melakukan persetubuhan dengan suami di hujung kehamilan, kerana menurut pakar perubatan ia akan memudahkan proses kelahiran berlaku nanti. Jadi jangan berasa takut atau was-was untuk melakukannya dan lakukan mengikut kemampuan fizikal masing-masing. Berbincang dengan suami lebih baik agar suami lebih memahami keadaan korang.

2. BANYAKKAN PERGERAKAN FIZIKAL
    Adalah sangat digalakkan untuk korang sibukkan diri dengan lebih banyak pergerakan fizikal seperti berjalan kaki dari suatu tempat ke suatu tempat. Yang ini, Imma cadangkan para bakal ibu pergi window shopping. Hehe.. lagi best buat aktiviti window shopping, sekurang-kurangnya tak terasa sangat sedang buat exercise. Hehe... Exercise mata sekali. ^_^

3. KERAP BUANG AIR KECIL
    Seboleh-bolehnya cuba buang air kecil sekerap mungkin kerana pundi kencing yang tidak penuh memudahkan pergerakkan bayi untuk keluar. So, minum air kosong banyak-banyak. TAPI, jangan terlebih air pula, sebab nanti akan membebankan buah pinggang untuk proses dan penyakit lain pulak yang datang. Berpada-padalah ye. 

4. MINUM AIR KELAPA 



   Air kepala, owhhhh! favourite Imma nie kalau nak tahu. ^_^ Korang digalakkan mengamalkan minum air kelapa semasa hamil. Lebih-lebih lagi pada akhir usia kandungan. Yang ini memang Imma amalkan masa mengandungkan anak pertama dulu, tiap-tiap hari ajak suami pergi Kedai Nasi Ayam Pak Mal kat Seksyen 10, Shah Alam; semata-mata nak beli air kelapa. Menurut kata orang tua-tua, air kelapa ni membersihkan bayi, semasa bayi lahir badan bayi nampak bersih dan tak dipenuhi darah. Suami Imma pun cakap, masa dia tengok anak Imma 'keluar', badan anak Imma bersih je. ^_^ So, korang buat lah ye. Lagipun air kelapa ni sedap dan fresh!

5. BERBUAL DENGAN BAYI 
    Jika berkesempatan, gunakan teknik hynorbirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkannya. Teknik ini Imma akui sangat berkesan dan baby paham apa yang kita cakap. Segalanya dengan izin ALLAH jua kan... kita hanya berusaha.

6. AMALAN ROHANI - BACA AL QURAN, ZIKIR, DOA, SOLAT TAUBAT 
    Last sekali... amalan rohani. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara ini. Jadi Imma letak juga untuk korang take note.

AL-QURAN
----------------
Surah Yusuf, Maryam, Yassin, Al-Waqiah

ZIKIR
---------
Ya Wahhab, Ya Razzaq, Ya Rahman, Ya Rahim (Sekurang-kurangnya 300x setiap hari)
Selawat ke atas Nabi
Istighfar (Sebelum tidur, masa nak lelapkan mata, atau selepas solat)

DOA
------
Apa-apa doa yang baik-baik.
Biasa Imma amalkan doa Nabi Yunus semasa berlaku kontraksi.

SOLAT SUNAT TAUBAT DAN DHUHA
------------------------------------------------------
Lakukan Solat sunat taubat sebelum tidur dan lakukan solat sunat Dhuha. In sha ALLAH, hati dan jiwa kita lebih tenang dan tabah bila menghadapi saat-saat yang mencemaskan nanti.


Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen di bawah. Jangan lupa juga tinggalkan link blog masing-masing untuk kita saling berkunjungan. ^_^

Jumpa lagi di entry yang seterusnya. ^_^



NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017