Friday, October 31, 2014

ABANG.. KAKI SAYANG KEJANG LAGI !!

KEJANG OH KEJANG...

"Abang, bangun abang... kaki sayang kejang lagi ni...aduhhh... sakit.."

Situasi macam ni biasa berlaku bagi mereka yang hamil. Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil sebenarnya. Biasanya ia berlaku dalam trimester kedua dan ketiga. Dikatakan ia berlaku kerana asid berkumpul dalam otot kemudian menyebabkan otot menjadi kejang. 

Kebiasaanya berlaku di bahagian betis. Memang rasa macam nak ketuk-ketuk je kaki setiap kali berlaku pada waktu malam. Walaupun kadang-kadang kesakitan berlanjutan selama beberapa minit, ia tidak akan merosakkan otot. So, jangan risau terlebih-lebih pulak ye.. hehe... jangan ada yang risau termenung sampai tak makan nasi pulak.

Kekurangan nutriet dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah mungkin puncanya. Malah rahim yang semakin membesar turut memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki lalu memberi kesan kepada otot kaki korang.

Bagi Imma pulak, Imma biasa amalkan makan 4 biji Ostematrix sebelum tidur. Banyak kelebihan yang ada pada Ostematrix istimewa buat ibu mengandung, terutama untuk tulang, pembinaan sel darah merah dan tulang bayi, mengurangkan risiko kekejangan otot, dan paling best ia boleh merehatkan otot sewaktu kontraksi berlaku. Imma dah masuk trimester ke 2 dah... alhamdulillah setakat ini belum lagi berlaku kekejangan otot. In sha ALLAH terus konsisten makan Ostematrix untuk kesihatan jangka masa panjang Imma dan juga untuk kebaikkan bayi yang dalam kandungan ni. 

Ostematrix teman rapat Imma sejak hamil anak pertama lagi


Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan link blog masing-masing untuk Imma berkenalan dengan korang semua. ^_^


Jumpa lagi di entry yang seterusnya ya... ^_^

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017