Friday, October 31, 2014

BAHAYA MAKAN MI SEGERA KETIKA HAMIL


Kalau sebut mi segera nampak jakun je.. nampak korang lambat sikit nak tangkap rupa mi segera tu. hehe... sebab orang kita ni dah biasa sebut mi segera tu maggi. Padahal maggi tu jenama mi segera. kannn... ^_^
Ok, bukan nak cakap pasal tu.. Imma nak share tentang BAHAYA MAKAN MI SEGERA KETIKA HAMIL. Uishhh... betul ke? ke auta je? atau sekadar mitos je? ^_^

Tenang-tenang... baca dulu apa yang Imma nak share ni. 

Untuk pengetahuan korang, mi segera bukanlah makanan yang seimbang. Kandungannya cuma ada kanji, garam dan monosodium glutomat. Oleh sebab itu, mi segera tidak seharusnya dimakan secara berulang kali kerana kurang kandungan protein, vitamin, sayur-sayuran dan serat. Secara umumnya, mi segera adalah SELAMAT untuk dimakan asalkan dimakan secara bersederhana.......... ^_^

Kalau teriiiingiinnn sangat nak makan mi segera ni, hanya gunakan separuh atau kurang daripada separuh perasa / perencah yang terdapat di dalam paket untuk mengurangkan garam. Paling penting, tambah ramuan lain seperti telur rebus, ayam, udang, bebola ikan, sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi atau sayur-sayuran lain seperti lobak merah. Macam yang dalam gambar kat bawah ni..


Kesimpulannya, boleh makan maggi TETAPI kene bersederhana.. pada Imma lah, tak payah guna langsung pun tak pe perencah dia bagi tu.. buat sendiri lagi sedap. Dan kalau nak makan sekali sekala tu tak pa laa kot nooo... kalau tiap-tiap hari tu dah bukan bersederhana dah Cik Tipah. Paham-paham laa ye.. hehee... Yang tiap-tiap hari tu boleh jatuh hukum BAHAYA. ^_^

Sebagai bakal ibu yang sedang hamil, seeloknya, jagalah pemakanan kita, biar seimbang dan berkhasiat. Pentingkan perkembangan anak kita dalam perut tu.. jangan terlalu mengikut nafsu. ^_^ Imma paham, apa yang kita makan kadang-kadang tak sempat nak control... jadi why not korang cuba Set Hamil Shaklee yang lengkap dengan segala nutrisi yang diperlukan khas untuk ibu hamil. Setakat pengalaman Imma guna set ini memang awesome. Boleh baca pengalaman Imma di sini


Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan link blog masing-masing untuk Imma berkenalan dengan korang semua. ^_^


Jumpa lagi di entry yang seterusnya ya... ^_^ Salam sayang.. 

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017