Saturday, November 1, 2014

OPS! TANDA-TANDA UNTUK BERSALIN

Assalamualaikum semua... haiii mommy to be? Hari ini 1 November 2014, mesti mommy pakat duk kira-kira hari bulan bila nak bersalin kann? kalau yang lambat lagi tu, duk berkira-kira hari bila lagi nak check up, nak scan baby lagi. Hehehehe... I know laa.. I pun ada pengalaman apa. ^_^

Anyway, hari ni Imma share sikit tentang TANDA-TANDA UNTUK BERSALIN. Harap boleh bantu korang semua buat persediaan mental dan fizikal lebih awal.


Biasanya, di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda iaitu petunjuk bahawa masa untuk melahirkan dah dekat sangat. Ramai yang kalut, yang cemas dan tertanya-tanya apa tanda yang dialami tu betul-betul tanda nak bersalin atau sebaliknya. So, adalah sangat perlu untuk korang tahu bahawa hanya ada 3 TANDA BERSALIN. Iaitu:

1. SHOW
-------------
Ini merupakan tanda AWAL nak bersalin. Kebiasaanya dalam bentuk lendir ataupun darah. Kalau korang ada tanda ni, korang tak perlu nak tergesa-gesa ke hospital. Tanda macam ni akan mengambil masa hampir beberapa hari sebelum perlu melalui proses bersalin.

Tapi, ikut pengalaman Kakak dan Kawan-kawan Imma, biasanya tanda macam ni ambil masa dalam sehari untuk betul-betul sampai proses bersalin. Contohnya kakak Imma, dia keluar darah pada sehari sebelum bersalin, maklumlah nak lahirkan anak pertama, dia pun panik, pergi hospital kene halau balik... hehe.. tapi kalau hospital swasta takkan halau balik, biasanya admit. Kakak Imma bersalin di HKL sehari selepas keluar darah.

Kalau korang rasa tak selesa atau sangat-sangat risau, sebaiknya pergilah hospital atau klinik yang terdekat untuk cek.


2. KONTRAKSI (Contraction)
----------------------
Dalam keadaan ini, perut korang akan rasa menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila korang lalui kontraksi macam ni, sebaiknya... eh takk... dah WAJIB dah korang SEGERA ke hospital untuk dapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun kalau hal yang sebaliknya berlaku, (Sebagai contoh korang alami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, kemudian 5 minit), kene tahu yang keadaan macam tu BUKANLAH KONTRAKSI lagi... So jangan perasan tu kontraksi ok.. hehe..

Macam pengalaman Imma pulak, Imma memang tak alami tanda awal seperti keluar lendir atau darah, Imma rasa kontraksi.. dan kontraksi yang Imma alami dari pagi 20 minit sekali.. Imma buat senaman regangan dan berjalan, menjelang maghrib kontraksi semakin kerap iaitu 10 minit sekali dan konsisten. Sempat solat Isyak dahulu dengan suami baru Imma bersiap ke hospital. 



3. AIR KETUBAN
------------------------
Kebiasaanya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu korang perhatikan dan tengok betul-betul, air yang keluar tu mestilah jernih dan tidak berwarna. Tetapi, kalau air itu berwarna hijau, itu dah menandakan baby dah buang air besar (berak) ketika masih dalam kandungan. Apabila korang ada tanda macam tu, cepat-cepatlah tukar baju capai tudung segala pergi hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana kalau dibiarkan lama boleh menyebabkan jangkitan kuman. Kebanyakan wanita KELIRU dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. So, nak tahu betul air ketuban ke tidak, untuk pengetahuan korang, air ketuban akan keluar TANPA korang mengalami rasa nak buang air kecil (kencing).

Air ketuban Imma dulu, doktor yang pecahkan dan semasa buat check up anak yang kedua ni, Imma sempat tanya doktor apa tanda air ketuban berkurangan. Doktor bagitau hanya melalui scan sahaja dapat tahu, bukan kerana banyak buang air ke apa. So, apa yang Imma dengar sebelum ni salahlah... hehe... korang kene manfaatkan tiapkan buat check up, apa benda yang korang dengar dari kawan ke, pembacaan ke.. simpan soalan dan tanya doktor. Doktor lebih tahu. Tanya doktor yang pakar O&G lah.. jangan tanya doktor pakar sakit lain pulak. Adeh..

AMARAN MESRA :
------------------------
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, korang tetap WAJIB segera ke hospital ssekiranya didapati baby kurang bergerak. Dibimbangi baby lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, baby perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Kalau tiba-tiba, korang perasan baby kurang bergerak cepat-cepalah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin. 

Kira 10 kali pergerakan baby dalam tempoh 12 jam


Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan link blog masing-masing untuk Imma berkenalan dengan korang semua. ^_^


Jumpa lagi di entry yang seterusnya ya... ^_^ Salam sayang.. 

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017