Thursday, October 9, 2014

RESDUNG YANG MERIMASKAN


Penyakit Resdung.. Hmm.. kawan Imma kata semua orang ada penyakit resdung ni, Cuma tahap keseriusan setiap orang tu berbeza-beza. Dalam family Imma, hampir 95% ada resdung yang serius. Maksud Imma serius tu boleh sampai tahap sakit kepala dan demam berhari-hari… kadang-kadang dia tarik dari pipi, ke hidung, ke mata dan kemudian ke kepala. Memang sakit. Ni jadi kat Imma kalau Imma tak pantang makan dan kalau berkemas tak pakai mask. RIMAS! Sangat rimas. Serius, hanya orang yang ada resdung je tahu perasaan RIMAS tu macam mana.

Dari pada pembacaan Imma, Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia. Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  Haa, sebut bab rawatan ni, Imma dah cuba corong asap, Imma dah cuba ubat akar kayu, Imma dah cuba ubat pil yang doctor bagi. Tapi semua tu sekejap je. Kemudian resdung dating lagi bertandang.

Apa yang Imma nak sangat share dengan korang adalah Set Resdung Shaklee. Alhamdulillah, Resdung Imma tak macam dulu lagi. Rasanya Imma dah lama tak rasa sakit tarik-tarik dari hidung, pipi, mata dan ke kepala tu. Demam sebab resdung lagilah… dah lama dah tak. Nauzubillah. Bab berpantang makan pun dah tak perlu lagi, Imma boleh makan udang dan sotong.. BEST! Dan bila berkemas Imma tak perlu lagi nak pakai mask, rimas. Hehe..

Ok sambung lagi,

Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui korang sekian lama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut! Takutnya!

Apa Punca Penyakit Resdung?

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.


Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.

Kalau korang nak tahu, suami Imma lagi kuat (serius) resdungnya berbanding Imma. Memang teruk. Alhamdulillah, sekarang dah semakin baik Imma tengok, tak seteruk dulu lagi. 

Kalau nak tahu, ni laa Set Resdung yang Imma guna selama ni. ^_^ Alhamdulillah berkesan.


ALFALFA COMPLEX

Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B COMPLEX

Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

VITAMIN C

Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

CEGAH SEBELUM PARAH ~

Salam sayang, 
Imma 
6013-2898399



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017