Friday, October 31, 2014

RESEPI MAKANAN SUNNAH - PIKAT SELERA ANAK

Makanan sunnah sememangnya semua orang tahu ia kaya dengan khasiat semulajadi. Ia baik untuk perkembangan otak dan juga tumbesaran si manja. Tambahan makanan sunnah seperti kismis, madu dan kurma dalam hidangan secara tidak langsung akan memberi khasiat kepada si manja yang memakannya. 

Melalui pembacaan Imma semalam, Imma nak share beberapa hidangan mudah dan ringkas yang mengandungi makanan sunnah untuk korang hidangkan buat si manja korang. 


MENU 1 : SUP IKAN HABATUS SAUDA 


Bahan-bahan
-----------------
2 keping ikan tenggiri
1/4 sudu teh jintan hitam (habatus sauda)
1 sudu makan minyak zaitun
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji tomato
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
-------------
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan air bersama kesemua bahan lain.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
4. Angkat dan hidangkan.



MENU 2 : AYAM MASAK HALIA MADU


Bahan-bahan
----------------
Isi ayam (agak-agak laa korang nak buat banyak mana)
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
3 cm halia - dihiris
1/2 batang lobak merah
Sedikit bunga kubis
1 sudu besar madu
1 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-cara
-------------
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Kemudian masukkan isi ayam, gaul rata dan masukkan sedikit air.
3. Selepas itu masukkan pula lobak merah dan bunga kubis. Gaul rata sebelum masukkan sos tiram, madu, garam dan serbuk lada hitam.
4. Gaul rata dan biarkan seketika.
5. Siap untuk dihidangkan.



MENU 3 : NASI GORENG KISMIS
Bahan-bahan
-----------------
2 cawan nasi
1 biji bawang besar - hiris
1/3 cawan kismis
1 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
Sedikit air
Isi ayam
Sayur campur
Garam dan lada sulah

Cara-cara
--------------
1. Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih dan kayu manis. Biarkan seketika sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan masukkan sedikit air.
3. Masukkan sedikit lada sulah dan kacau sebati.
4. Kemudian masukkan nasi diikuti dengan kismis dan sayur campur. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Selain itu, korang juga boleh cuba MEALSHAKES untuk melengkapkan nutrisi si manja korang. Boleh baca info lanjut tentang MEALSHAKES di sini.

Mealshakes adalah vitamin yang terbaik untuk kanak-kanak
Sempena PROMO MEALSHAKES yang tinggal hanya 2 hari sahaja
Dengan PEMBELIAN 1 CANISTER MEALSHAKES
Anda LAYAK mendapat KEAHLIAN SHAKLEE
mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Bagaimana? 

Taip <KEAHLIAN SHAKLEE MEALSHAKES> Hantar ke <0132898399>
Whatsapp / Pm / SMS diterima


Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen di bawah. Jangan lupa juga tinggalkan link blog masing-masing untuk kita saling berkunjungan. ^_^


Jumpa lagi di entry yang seterusnya. ^_^

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017