Friday, November 7, 2014

ADAB MANDIKAN BAYI DENGAN CARA YANG BETUL

Imma kene buat ulangkaji balik laa bab mandikan baby ni. hehe... lupa dah. Tapi biasanya Imma jenis nervous sikit nak mandikan baby yang baru lahir. Hmmm... dulu pun mak mertua, mak Imma dan confinement lady yang mandikan Adam. Dah cukup sebulan, Adam dah besar sikit baru Imma mandikan. Dulu mak mandikan sebab luka Imma ada infection dan Imma tak boleh duduk sembarangan. So, Imma tak dapatlaa mandikan baby kecil Imma dulu. Kali ini, Imma nak buat persediaan awal dengan Set Berpantang Shaklee.. harap luka cepat baik dalam masa 1 minggu, dapatlaaa Imma mandikan baby Imma nanti. =) 

Ni, ada sedikit info yang Imma jumpa kat FB dan nak share dengan korang semua. Harap bermanfaat.

Oloohhhh comelnya diaaa.. eee.. geram!
Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul - Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

Dulu pernah tengok nurse kat DEMC mandikan Adam, fuh seram.. tapi depa expert.. tak pe laa.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan link blog masing-masing untuk Imma berkenalan dengan korang semua. ^_^


Jumpa lagi di entry yang seterusnya ya... ^_^ Salam sayang.. 

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017