Tuesday, November 4, 2014

KHASIAT MADU PELBAGAI GUNA

Madu mempunyai pelbagai khasiat
Madu adalah salah satu makanan sunnah. Pastikan madu sentiasa ada di rumah korang kerana ia mempunyai pelbagai kelebihan untuk korang sekeluarga. Madu adalah sumber manisan yang tertua di dunia. Madu yang diambil secara berterusan di dalam diet harian boleh mencegah pembentukan sel kanser dan penyakit jantung. Selain itu, ia juga anti bakteria dan anti fungus. Bagi atlet, pengambilan madu akan meningkatkan prestasi dengan mengekalkan paras glikogen dalam darah dan membantu pemulihan dalam masa yang singkat.

Kalau si manja batuk atau sakit tekak, berikan madu setiap pagi dan petang untuk kesan pemulihan yang berkesan. Ia juga mengandungi probiotik. Madu juga boleh mengubati luka kesan melecur. Awas, jangan berikan madu kepada si manja kurang dari setahun kerana ia boleh menyebabkan elergi. Elakkan menggunakan perkakas besi dalam mengendalikan madu kerana ia boleh menghilangkan khasiat di dalam madu tersebut. Jadi, korang gunakanlah perkakas jenis kaca atau plastik atau kayu. INGAT, BUKAN JENIS BESI. 


Madu juga boleh merawat wajah
Untuk pengetahuan korang juga, madu juga memberi manfaat pada wajah. 

Madu sebagai penyegar wajah

Paling berkesan dan baik dilakukan sebelum tidur, ambil 2 biji kuning telur, kemudian 1 sudu perashan jus lemon, dan 1 sudu madu. Campurkan bahan-bahan tersebut dan kacau sehingga sebati, kemudian bolehlah sapukan ke muka korang dan biarkan selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air suam dan keringkan dengan kain lembut. Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang berkulit normal yang cenderung berminyak.

Madu sebagai pelembab bibir

Kalau korang berbibir kering, boleh sapulah madu ke seluruh bibir korang sebaiknya sebelum tidur, ia akan membantu menghilangkan bibir yang pecah-pecah malah akan membuat bibir korang kelihatan lebih sihat atau segar.

Madu untuk pembuatan scrub

Korang nak cuba tak buat scrub menggunakan madu? Haaa... begini caranya:

Madu : 1 sudu makan.

Minyak zaitun : 1 sudu teh

Kuning telur : 1 biji

Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Kamudian sapu ke muka dan biarkan selama 20 minit. Bila dah kering, bilaslah dengan air suam dan kemudian penutupnya air sejuk. 


Semasa breastfeed Adam, Imma mengamalkan makan madu naqia setiap
supaya khasiatnya dapat kat Adam selain membantu untuk memperbanyakkan susu. 

 kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

(Al Quran, An Nahl (16) : 69)


Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan link blog masing-masing untuk Imma berkenalan dengan korang semua. ^_^


Jumpa lagi di entry yang seterusnya ya... ^_^

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017