Thursday, November 6, 2014

ROTI CELUP TELUR TANPA MINYAK

Hari ini Imma nak share menu sarapan Adam dengan korang semua. Menu ni dah biasakan? Biasanya orang buat roti celup telur (tambah garam sikit) kemudian goreng dengan minyak. So, kali ini Imma ubah sikit. Resepi lebih sihat untuk anak teruna Imma ni. ")



BAHAN-BAHAN
-----------------------
Roti
Telur
Mayonis
Planta
Secubit garam

CARA-CARA
------------------
1. Pecahkan telur, campurkan dengan mayonis dan secubit garam. Terpulang pada korang nak letak garam atau tak. Boleh kalau tak nak letak. Sedap juga. ")

2. Kacau sebati bahan-bahan tadi. Kemudian celupkan roti ke dalam telur yang dah sebati dengan mayonis dan garam.

3. Selepas itu, gunakan pan untuk menggoreng. Sebelum tu, panaskan pan dan boleh sapukan sedikit planta di atas pan barulah goreng roti yang dicelup telur tadi. (Imma tak guna kuali sebab pan lebih senang dan mudah nak goreng tanpa minyak, senang nak terbalikkan roti ni)

4. Simple je... Siap untuk dihidangkan. Letak dalam bekas warna baru ada selera anak nak makan. hehe.. ") Selamat mencuba. ")

Ni letak dalam pinggan cantik sebab nak masuk blog.. hihi..
Adam punya? dia tengah makan masa gambar ni diambil.. yang ini roti lebih.

nyum nyummm....... 

Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan link blog masing-masing untuk Imma berkenalan dengan korang semua. ^_^


Jumpa lagi di entry yang seterusnya ya... ^_^ Salam sayang.. 

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017