Saturday, November 8, 2014

SERIK... PENGALAMAN BERPANTANG

Imma yakin, semua mommies yang berpengalaman berpantang pasti bersetuju dengan Imma bahawa pentingnya berpantang dengan cara yang betul. 

Baru lepas bersalin. Muka ku sembab, muka husband mengantuk.
Ada ke patut nurse bedung Adam dengan kain pink. ish ish... kesian anak ummie. ^_^

Alhamdulillah, pertama kali Imma berpantang adalah pada bulan 4 tahun 2013. Masa tu, Allah sahaja yang tahu betapa peritnya saat-saat melalui proses kelahiran dan kemudian berpantang. Sedangkan itulah nikmat yang Allah bagi pada kita sebagai orang wanita, yang mana dosa-dosa kita gugur ketika berperang nak melahirkan anak kita. Pengalaman Imma dulu, minggu pertama berpantang sangatlah stress, mana taknya, hari pertama lagi Adam diberi susu formula disebabkan susu Imma tak keluar. Sedihnya Allah je yang tahu. Sakit luka dalam, luka luar lagi... nak berjalan pun susah. STRESS yang amat. 

Hari Keempat berpantang, Adam pulak kene demam kuning dan terpaksa dimasukkan ke wad di hospital DEMC. Waktu itu juga, Imma tak dapat bermalam dekat dengan Adam. Pertama kali berpisah selepas melahirkan Adam, Imma menangis sampai tak boleh tidur. Walaupun dekat je DEMC dengan rumah Imma, tapi kalau dah berpisah dengan anak siapa tahan weiii.. baby lagi tu. Bayangkan Imma berulang alik dari rumah ke hospital, semata-mata nak menyusukan Adam, luka pula belum sembuh.... dannn akhirnya luka Imma mengalami jangkitan kuman dan luka tu semakin besar. Dalam 2 inci. Bertambah lagi stress Imma. Imma terpaksa dressing (cuci luka dan buang kulit mati.. sakit sangat nurse buat) dan sapu ubat kuning. Luka tu terkena jangkitan kuman gara-gara Imma tak sabar dan nak cepat baik, Imma ikut cakap confinement lady yang Imma upah dulu. Dia suruh Imma sapu gel gamat Dherbs pada luka, 2 hari Imma sapu... bukan cepat baik malah terkena jangkitan kuman lagi. Untuk pengetahuan korang, kalau ada luka bersalin di tempat tutt.. korang jangan pandai-pandai sapu benda yang jenis gel atau berminyak. Cuma pastikan luka tu bersih dan kering selalu. Dekat sebulan merana akibat luka tu, dan sebulan juga Imma rendam luka dengan air garam (anti kuman), dan sapu ubat kuning. Ada laa dekat 4 botol kot abis ubat kuning tu. Selain itu, Imma ikhtiar makan ikan haruan dan jugak zinc Shaklee. 

Masa mengandung dulu Imma dah kenal Shaklee, tapi bila berpantang je terus lupa Shaklee... stress sangat dan terlalu percayakan confinement lady tu. Bila luka tu terkena jangkitan kuman, baru lah nak cari Shaklee balik. Fuh! Serius serik sangat. Padahal Set Berpantang Shaklee punya laa bagus. hmmm... benda dah jadi nak buat macam mana kan. Alhamdulillah, lepas Imma amalkan zinc Shaklee memang luka Imma cepat sembuh dan terasa kulit licin tak menggerutu akibat dijahit. Terus terjatuh cinta tergolek dengan Set Berpantang Shaklee. ^_^ Husband pun cakap luka Imma dah ok dan cantik je, tak macam kene infection. Alhamdulillah.

Tu cerita lama, biasalah... banyak benda tak tahu lagi kan... hehe... 

Mengandung kali yang kedua ini, Imma dah standby siap-siap, mengandung kali ni memang Imma gunakan Set Hamil Shaklee sepenuhnya, tak de asid folic dan obimin dari hospital tapi Imma gantikan B-complex Shaklee, Vitamin C dan Vitalea. Untuk berpantang pula, Imma akan pastikan Imma guna Set Berpantang Lengkap Shaklee. Teruja sangat dengan testimoni kawan-kawan dan customer. Tak sabar pula nak bersalin. If korang masih tercari-cari Set Berpantang, apa kata cuba Set Berpantang Shaklee, berpantang gaya moden. Jangan risau, Set Berpantang Shaklee tak de herba dan selamat kalau nak menyusukan baby.

Boleh klik di sini untuk tengok-tengok Set Berpantang Shaklee. Ada 3 Set semuanya. Jemputlah cuci mata. ^_^


Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa tinggalkan sebarang komen dan link blog masing-masing untuk Imma berkenalan dengan korang semua. ^_^

Jumpa lagi di entry yang seterusnya ya... ^_^ Salam sayang.. 

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.net
imma@beautysuri.net
Whatsapp / SMS : 013-2898399 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017