Wednesday, January 11, 2017

TAHNIAH FAIZ SUBRI

Tahniah tahniah tahniah!!!



Sebagai rakyat Malaysia, mesti la bangga kan Faiz Subri berjaya mendapat Anugerah PUSKAS FIFA 2016 (Gol tercantik di dunia). Memang terbaik dan ajaib gol yang dilakukan Faiz Subri. Tengok ulang kali pun masih tak boleh diterima akal. Memang ajaib dan kuasa ALLAH yang mengizinkan ia berlaku.


Sepanjang tempoh viral tentang Faiz Subri berjaya tersenarai dalam Anugerah PUSKAS FIFA 2016, Imma selalu perhatikan kata-kata yang keluar dari mulut Faiz Subri setiap kali ditemuramah. Sangat humble... dan dia selalu ingat apa yang berlaku adalah dari ALLAH. Sejak itu, Imma faham, kenapa Faiz Subri yang ALLAH pilih. Masa ucapan selepas terima anugerah pun Faiz Subri tak segan silu memberi salam, walaupun yang hadir adalah ramai mat saleh yang hebat-hebat. Keperibadian Faiz Subri yang buat Imma sangat kagum dengan dia.




Semoga keperibadian Faiz Subri dicontohi oleh pemain-pemain bola sepak Malaysia yang lain.


Yang ni paling ramai orang jeles! Dapat bergambar dengan pemain bola TERBAIK DUNIA weh.. 
Cristiano Ronaldo hokeyyyy... =)

Faiz Subri dan keluarga

Siapa sangka, pemain yang biasa-biasa sahaja, bukan dikalangan pemain kebangsaan pun, tapi berjaya membawa nama Malaysia harum di serata dunia. disebut-sebut sepakkan gol ajaibnya. Itulah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat Faiz Subri dan pemain-pemain bola yang lain untuk melakar kejayaan demi kejayaan dalam arena bola sepak negara kita. fuh, patriotik betul tulisan kali ni. hehe.. =)


Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di entry yang seterusnya ya... ^_^ Salam sayang.. 

NURUL IMMA MANSOR
www.beautysuri.blogspot.com
013-2898399

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017