Thursday, February 23, 2017

KENAPA PILIH SHAKLEE?

Assalamualaikum & hai, =)

Imma nak share dengan uolls macam mana Imma memilih Shaklee sebagai bisnes Imma di rumah. Dari Mula Imma jumpa Shaklee sehinggalah sekarang. 

Kisah ni Imma tulis pun sebab Imma nak simpan sebagai kenangan hari tua, hehe. Imma anggap ni sebagai sentimental value, sebab kehidupan Imma banyak berubah selepas jumpa Shaklee.

Tahun 2012, Hamil dan Bekerja
------------------------------------------
Bekerja sebagai Pegawai Tadbir di sektor kerajaan (waktu itu) memerlukan tenaga yang lebih, daya penumpuan yang lebih, kreativiti, daya ingatan dan pendek kata segala kutdrat yang ada ni digunakan sehabis baik untuk memastikan kerja-kerja dilakukan dengan baik. Bukan senang dengan morning sickness, nak menghadap kerja-kerja di pejabat yang bertimbun.

Nak tau tak? beberapa kali Imma pitam di tempat kerja dek kerana hemoglobin (HB) darah yang rendah. Rasanya 10 lebih macam itu. Ya ALLAH, patutlah pitam. Ditambah lagi Imma mengalami alahan yang teruk. Hampir sebulan lebih Imma pergi kerja masuk lewat. Prestasi kerja menurun dan memang bagi kesan pada emosi Imma waktu tu.

Bertemu dan jatuh cinta dengan Set Hamil Shaklee
---------------------------------------------------------------------
Syukur Alhamdulillah, Imma bertemu dengan Shaklee, kebetulan waktu tu kawan selalu promote di FB. Tanpa berfikir panjang, Imma nekad order Set Hamil Shaklee. Lagipun memang tak larat sangat dah.

Seminggu Imma consume, Vitalea, Vitamin C, B complex dan ESP, Alhamdulillah... sangat hebat!!! HB Imma naik elok dan cantik sangat. Bacaan HB masa tu 11.0++. Time check up, terus terdiam nurse dekat klinik kesihatan tu. Sebab dia tengok mendadak naik. Lagipun sebelum ni asyik kene marah dengan nurse sebab HB Low.

Sejak dari itu, Imma terus jatuh cinta dengan Set Hamil Shaklee, bukan sahaja HB cantik, Imma pun semakin bertenaga dan macam tak mengandung gayanya. Happy pulak tu bekerja. Kerja banyak pun seronok, Alhamdulillah, Walaupun Imma mengandung cecah 9 bulan, Imma tiada masalah untuk bergerak dengan cergas dan bekerja sehingga lewat malam. Syukur sangat-sangat.

Selepas bersalin (normal), luka Kak Im terkena jangkitan kuman. Dan jadi lambat baik. Masa tu jatuh cinta pula dengan zinc Shaklee Luka sembuh dengan elok, tidak menggerutu.

Bila dah lalui keberkesanan produk Shaklee, tengok pulak kawan-kawan pun berjaya dengan bisnes Shaklee, Imma akhirnya terbuka hati untuk daftar sebagai ahli dan buat bisnes bersama Shaklee. Imma ada pengalaman guna Set Hamil, berpantang dan menyusu Shaklee, perasaan untuk share pengalaman best guna Shaklee membuak-buak.

Paling Imma gembira bila Imma dapat bonus 4 angka! dan bertambah lagi gembira, bila customer-customer bagitau keberkesanan produk yang mereka beli sangat baik. Suka sangat dapat bantu orang sihat, diri sendiri sihat dan secara tak langsung dapat bonus. Siapa tak suka dapat duit kan. :)

Sekarang, bukan Imma seorang sahaja yang guna Shaklee, suami, anak, mak dan ayah, adik beradik.. 1 keluarga guna Shaklee. Mereka nampak perubahan pada Imma, jadi mereka yakin dan percaya Shaklee produk yang bagus.

31 Mei 2014, secara rasminya Imma letak jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan menjadi surirumah yang bekerjaya di rumah. Dulu kene kerja tinggal anak kat rumah orang, sekarang jaga anak sendiri. Imma tak risau, sebab Imma ada team yang kuat yang sentiasa beri support dari segi ilmu bisnes, nutrisi dan motivasi. Imma nak fokus untuk bantu lebih ramai orang yang ingin sihat dan inginkan kewangan yang stabil. InshaALLAH, semoga dipermudahkan.


Jom Shaklee : Enjoy a healthier and better life with Shaklee.



If nak tanya Imma apa-apa boleh terus whatsapp 013-2898399.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017