Wednesday, July 12, 2017

AIDILFITRI 2017

Assalamualaikum dan hai semua,

Masih beraya ke? mesti laa kan, raya kan sebulan, open house pun banyak lagi. =)

Alhamdulillah, tahun ni Imma dan family beraya di Johor. Yes, kitorang #teamrayajohor tahun ni. Meriah, meriah dan sangat meriah. Seronok sangat, paling seronok of course laa kids kan... jumpa sepupu, dapat main bunga api, dapat duit raya banyak, dapat makan macam-macam. Ummi pun excited, sebab 2 tahun sekali je dapat makan sambal godok, burasak semua tu. hehe.. 

Imma rasa raya korang pun mesti best kan? sebut je raya mesti semua best, happy dapat berkumpul, pastu pakai sedondon dengan family pergi raya. 

Ok laa.. layan dulu gambar-gambar raya kitorang yang tak berapa nak jadi ni. hehe.. huru hara namanya. =)

Hari terakhir puasa, masak macam-macam.. ini memang biasa.. meriah suasana di dapur rumah tok. 

Sebelum berbuka, ada tahlil sikit, baca doa then baru berbuka.. kemudian orang lelaki wajib solat Jemaah.

Bergambar di pagi raya.. ni pun ada yang tak de.. tak dapat balik sebab kene kerja. kesian depa noo..

Ni gambar family kami dengan tok. Tema Maroon tahun ni.. selalunya sama je kaler.. tapi sebab dah masing-masing kerja dan ada gaji sendiri, beli laa sendiri.. makanya, jadi laa macam-macam tone color. =)
Anak-anak dah boring bergambar.. terpaksa umpan dengan handphone.. adoii.. susah betul nak bergambar... burok benor gayenyaa.. ;)

Atok Aji dan Nanny pun nak bergambar dengan cucu cucu..

Pemandangan rumah tok di Pontian
Setiap tahun ada cerita tersendiri, meriah tu tetap meriah dengan kehadiran adik beradik dan sanak saudara. InshaALLAH, tahun depan kalau dipanjangkan umur, Raya Aidilfitri di Kelantan pulak. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017