Thursday, July 13, 2017

RAYA DAN MELAKA

Assalamualaikum dan hai semua ")

Actually last week kitorang 1 family pergi beberapa open house side suami, sambil tu kitorang ambik peluang beraya rumah pak cik kat Melaka, sebab kebetulan kawan-kawan suami pun buat open house belah Kajang, dan Ayer Keroh.. so why not kitorang stay 1 malam kat Melaka dan bawa anak-anak berjalan sekali. 

Kitorang stay kat Bandar Hilir Melaka, tinggal di Hotel The Explorer yang berdekatan dengan semua tempat. Just jalan kaki je nak ke mana-mana. Nak pergi Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari, Bangunan Merah, shopping complex.. semua dekat, kiranya berbaloi laa juga. Lagipun kitorang tak stay lama pun, just 1 malam. Percutian bajet yang sangat berbaloi! Hehe..

Nanti Imma share pulak hotel yang kitorang stay tu ye, hotel tu highly recommended kalau korang nak stay kat Melaka dan berjalan-jalan dalam bandar Melaka tu. Kalau yang mampu tu, boleh check in Hatten Hotel ke, Imperial ke.. cuma jauh sikit laa nak berjalan compare dengan The Explorer Hotel, sangat dekat dengan tempat-tempat pelancongan. 

Jom layan seketul dua gambar-gambar  kat sana. 

Pameran replika pesawat penerbangan. Bagi anak-anak tengok dekat dan sentuh. Diorang excited sangat.

Adam suka tanya, dan memang Imma train Adam.. kalau tak tahu dan tak faham kene tanya. 

Kenderaan yang wajib naik, BECA!  

Abang beca bawa kami ke bangunan merah. Waktu ni Adam dah tak fokus untuk bergaambar, dia dah fokus kat ais krim belakang tu. 

Akhirnyaaaa.....

Menara Taming Sari, ni pun wajib korang naik.. syok tengok pembangunan di Bandar Melaka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to IMMAMANSOR.COM
Designed by IMMA 2017